TRADE IN

Trade in adalah proses menjual kereta lama kepada untuk membeli kereta baru.. Proses trade in selalunya bergantung kepada harga kereta lama yang dijual kepada pihak ketiga samada harga yang diambil oleh pihak ketiga bersesuaian dengan kehendak pelanggan. Jika kereta lama masih lagi mempunyai pinjaman di bank, wang dari hasil jualan kereta lama akan digunakan untuk menutup hutang pinjaman di bank.. selalunya 3 situasi utama akan berlaku;

1) harga kereta lama lebih tinggi dari jumlah hutang

2) harga kereta lama sama dengan jumlah hutang

3) harga kereta lama lebih rendah dari jumlah hutang

Jika harga kereta lama lebih tinggi dari jumlah hutang, pelanggan akan mendapat wang lebihan daripada hasil jualan kereta lama setelah ditolak dari hutang.. jika harga kereta lama sama dengan jumlah pinjaman, pelanggan tidak akan mendapat wang hasil jualan akan tetapi dapat menutup pinjaman. jika harga kereta lebih rendah daru jumlah pinjaman, pelanggan perlu menambang wang sendiri untuk menutup jumlah pinjaman.

Selalunya, saya akan cuba mendapatkan harga yang tertinggi dipasaran untuk membantu pelanggan menyelesaikan pinjaman kereta lama untuk mengelakkan perkara ke-3 daripada berlaku.

Jika anda berminat, sila isi borang dibawah untuk membantu saya membuat semakan dipasaran untuk mendapatkan harga trade in yang terbaik dan jumlah tawaran harga yang lebih tinggi. ATAU hubungi saya terus 019-3082453 (Nurul Proton)

Sharing is caring!