Monthly Archives: January 2018

FULL LOAN / TANPA MUKA/ 0 DEPOSIT

Perkataan FULL LOAN dan DOWNPAYMENT dalam urusan pinjaman kenderaan adalah perkataan yang biasa. Full loan ni Bahasa melayunya bermaksud pinjaman penuh. Apakah itu Full loan??

 

  • Apabila kita membuat pinjaman di bank, kita akan meminta sesuatu amaun yang perlu dipinjam. Sebagai contoh harga kereta  PROTON SAGA 1.3 CVT  RM44,800. Jadi kita perlu letakkan berapa jumlah pinjaman yang kita perlukan. Jika kita mohon pinjaman RM40,000, bermakna kita perlu tambah RM4,800 lagi sebagai muka kepada PERODUA untuk mencukupkan harga kereta yang dibeli iaitu RM44,800.
  • Justeru itu untuk mereka yang tidak mampu menambah wang untuk membeli PROTON SAGA tersebut, kita akan membuat pinjaman penuh dengan bank untuk dibayar kepada PROTON. Bermakna jumlah pinjaman yang akan kita lakukan adalah RM44,800.

 

Walaubagaimanapun, mengikut undang-undang dan syarat yang ditetapkan oleh BANK NEGARA, tidak ada istilah FULL LOAN yang boleh diberikan oleh bank kecuali dengan bank-bank tertentu iaitu BANK RAKYAT dan BANK ISLAM (graduate scheme). Hanya dua bank ini sahaja yang dibenarkan untuk membuat pinjaman FULL LOAN. Bank negara mewajibkan untuk setiap pinjaman mestilah hanya 90% dari harga kereta atau pelanggan wajib membayar 10% downpayment.

 

Jadi bagaimana pelanggan di luar sana dapat membuat pinjaman penuh/full loan dengan bank selain dua bank diatas? Caranya adalah Jurujual akan melakukan proses markup harga kereta itu untuk mendapatkan pinjaman. Ada dua jenis markup

  1. MARKUP MODEL – contoh, pelanggan nak beli SAGA 1.3 STD  berharga RM36,900, tetapi jurujual memohon pinjaman untuk SAGA 1.3 PREMIUM berharga RM42,900. 10% daripada harga RM42,900 adalah RM38,600. Oleh itu, pelanggan boleh memohon pinjaman sehingga RM38,600. Oleh kerana harga SAGA 1.3 STD berharga RM36,900, maka ia layak untuk membuat pinjaman penuh asalkan pinjaman masih dibawah RM38,600.
  2. MARKUP AKSESORI – Jenis markup ini paling banyak digunakan untuk kereta PERODUA. Contoh Harga PERSONA 1.6 STD RM 53,368, tetapi jurjual membuat penambahan aksesori sebanyak RM 6,000 menjadikan harga Persona tersebut adalah 59,368. Oleh itu 10% dari RM59,368 adalah RM53,400. Justeru itu, pelanggan boleh membuat pinjaman dibawah RM53,400 iaitu RM53,300 untuk mendapatkan PERSONA 1.6 STD  teresebut.

 

Oleh itu jngn terkejut jika semasa bank interview anda, bank beritahu anda harga kereta yang anda beli itu tinggi dari jumlah harga asal kenderaan tersebut. Ini kerana kereta tersebut telah dimarkup samada dengan MODEL atau AKSESORI.

Untuk sebarang pertanyaan, klik sahaja link dibawah untuk respond yang pantas.

NURUL PROTON 019-3082453

 

Sumber Dari: Keretaperodua4u.com

SKIM GRADUAN / GRADUATE SCHEME

Ramai golongan diluar sana lepasan IPT yang telah mula berkerja ingin memiliki sebuah kenderaan untuk memudahkan mereka bergerak.

Skim Graduan atau Skim Lepasan IPT merupakan suatu skim yang disediakan oleh beberapa bank untuk membantu Siswazah yang baru sahaja menamatkan alam Universiti/kolej mereka untuk memilik kenderaan. Antara bank yang menyediakan skim ini adalah Bank Islam dan Bank Muamalat. Walaubagaimanapun, setiap bank tersebut mempunyai syarat dan kriteria masing-masing…

Apa kelebihan skim ini??

  1. – Full loan/ Tanpa deposit
  2. – Tidak ada rekod lampau mudah untuk lulus
  3. – Tidak perlu penjamin

 

BANK ISLAM

Dokumen yang diperlukan

  1. IC – WAJIB
  2. Lesen – WAJIB
  3. Skrol/Transcipt Diploma atau Degree (Sahaja) – WAJIB
  4. Surat Tawaran Kerja – WAJIB
  5. Payslip – JIKA ADA
  6. Bank statment – JIKA ADA
  7. KWSP – JIKA ADA

 

Syarat-Syarat lain

  1. Mesti telah berkerja, sekurang-kurangnya satu hari mengikut tarikh surat tawaran kerja
  2. Berumur tidak lebih dari 30 Tahun
  3. Gaji pokok/basic WAJIB RM 2,000.00 keatas atau gaji pokok/basic + elaun tetap RM 2,000.00 keatas layak memohon
  4. Tidak pernah ada loan kereta terdahulu dibawah Skim graduan

 

Adakah anda layak?? Jika penerangan diatas masih tidak menjawab soalan anda, jangan malu-malu untuk hubungi saya untuk mendapatkan kepastian… Insyallah, saya akan bimbing dan bantu anda memiliki kereta idaman anda…

Sila klik link dibawah untuk membuat pertanyaan terus kepada saya…

NURUL PROTON 019-3082453

 

sumber dari: Keretaperodua4u.com

PROMOSI PROTON JANUARY 2018

Jom tempah kereta Proton baru anda dengan diskaun sehingga 13, 888 sempenah tahun baru cina ini…

TRADE IN

Trade in adalah proses menjual kereta lama kepada untuk membeli kereta baru.. Proses trade in selalunya bergantung kepada harga kereta lama yang dijual kepada pihak ketiga samada harga yang diambil oleh pihak ketiga bersesuaian dengan kehendak pelanggan. Jika kereta lama masih lagi mempunyai pinjaman di bank, wang dari hasil jualan kereta lama akan digunakan untuk menutup hutang pinjaman di bank.. selalunya 3 situasi utama akan berlaku;

1) harga kereta lama lebih tinggi dari jumlah hutang

2) harga kereta lama sama dengan jumlah hutang

3) harga kereta lama lebih rendah dari jumlah hutang

Jika harga kereta lama lebih tinggi dari jumlah hutang, pelanggan akan mendapat wang lebihan daripada hasil jualan kereta lama setelah ditolak dari hutang.. jika harga kereta lama sama dengan jumlah pinjaman, pelanggan tidak akan mendapat wang hasil jualan akan tetapi dapat menutup pinjaman. jika harga kereta lebih rendah daru jumlah pinjaman, pelanggan perlu menambang wang sendiri untuk menutup jumlah pinjaman.

Selalunya, saya akan cuba mendapatkan harga yang tertinggi dipasaran untuk membantu pelanggan menyelesaikan pinjaman kereta lama untuk mengelakkan perkara ke-3 daripada berlaku.

Jika anda berminat, sila isi borang dibawah untuk membantu saya membuat semakan dipasaran untuk mendapatkan harga trade in yang terbaik dan jumlah tawaran harga yang lebih tinggi. ATAU hubungi saya terus

019-3082453 (Nurul Proton)

Senarai Harga Proton 2018

Untuk rujukan pelanggan-pelanggan Proton yang kami sayangi.  Anda boleh rujuk pada jadual dibawah, untuk melihat senarai harga “Diatas Jalan” (On The Road) dan senarai bulanan yang sesuai dengan budget anda.

 

Atau anda boleh klik terus link dibawah untuk memohon dengan kami pengiraan lain yang anda perlukan

NURUL PROTON: 019-308 2453